seismik

"Auto Jadi Orang Istimewa" - Reaksi Suami Gembira Dapat Mainan Senapang Ini Buat Terhibur

Suka betul ya bang.

Cover image via @berryyyyss (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bagi yang sudah berumah tangga, pasti anda akan dapat lihat bermacam perangai pasangan anda bukan?

Kadangkala pening kepala dibuatnya, tetapi merekalah pelengkap hidup kita. Pemberian hadiah dan menyambut hari istimewa sememangnya perlu dalam sesebuah hubungan.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila reaksi seorang lelaki mendapat hadiah daripada isterinya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@berryyyyss

Hadiah kecil tapi beri kegembiraan besar

original sound - zBriannaPlayz - zBriannaPlayz

Seronok dapat hadiah senapang daripada isteri

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki baru saja menerima hadiah daripada isterinya dan diminta membukanya.

Sebaik saja si suami membukanya, dia terkejut melihat ia merupakan sebuah senapang. Oleh kerana terlalu gembira, dia sehingga tidak terkata dan memberikan reaksi yang agak menghiburkan.

Malah, isterinya juga tergelak melihat perangai suaminya itu yang sangat lucu kerana terlalu gembira.

"Lain macam dia punya happy ni auto bertukar jadi orang istimewa" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat perangai lelaki itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.1M views, 96.2K likes dan 1,446 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Lain macam abang tu punya tahap happy :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: