seismik

[VIDEO] "Dia Tak Ngilu Ke" - Aksi Pemuda Selamba Buka Tin Air Guna Gigi Jadi Perhatian

Kita pula yang rasa ngilu tengok.

Cover image via @ammrrooney (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setiap individu mempunyai kelebihan diri masing-masing yang tidak dapat dilakukan oleh semua orang

Contohnya seperti bakat terpendam dan beberapa aksi yang hanya boleh dilakukan oleh dirinya saja. Kadangkala ada mengambil risiko tinggi untuk melakukannya betul tak?

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang pemuda membuka tin air dengan hanya menggunakan giginya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Selamba 'belah' penutup tin hanya guna gigi

Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan lelaki sedang berada di sebuah gerai makan bersama.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah salah seorang daripada mereka dilihat melakukan aksi dengan membuka penutup tin air hanya dengan menggunakan gigi.

Bukan hanya satu, tetapi dia juga dilihat telah membuka beberapa tin yang lain sebelum ini dan diletakkan di atas meja makan.

"Kerja dia kunyah tin dari lahir ke apa" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 568.3K views, 80.5K likes dan 1,933 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Wow! Kuat betul gigi dia ya boleh buka macam tu :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik