[VIDEO] "Minta Restu" - Reaksi Lelaki Peluk Ibu Sebelum Akad Nikah Ini Curi Tumpuan Ramai
Kita yang tengok pula rasa sayu.
Kebiasaannya, kehidupan seorang anak lelaki lebih cenderung untuk rapat dengan ibu berbanding bapa
Iyalah, sering juga kita lihat bahawa anak lelaki lebih rapat dengan ibu manakala anak perempuan lebih rapat dengan bapa.
Baru-baru ini, tular satu video berkenaan seorang pengantin lelaki yang secara tiba-tiba saja memeluk ibunya sebelum berlangsungnya majlis akad nikah.
Lihat video penuh di bawah:
Lari ke arah ibu dan terus peluk sambil menahan sebak
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @arndnia di TikTok, suasana majlis akad nikah berubah sayu apabila si pengantin lelaki segera berjalan dan memeluk ibunya yang berada di bahagian belakang.
Kejadian tersebut turut menarik perhatian ahli keluarga kerana lelaki tersebut sememangnya seorang yang manja dan rapat dengan ibunya.
Tambahan pula, lelaki tersebut merupakan anak sulung yang penyayang.
Lihat video sambungan di bawah:
"Cinta pertama anak lelaki adalah ibu dia" - Netizen
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terharu selepas melihat situasi tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.3M views, 112K likes dan 474 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!