[VIDEO] "Terkedu" - Ingat Pergi Sarapan Dengan Ibu Je, Rupanya Ajak Geng Ngaji Sekali
Boleh terkedu kalau hadap situasi macam ini.
Apabila ibu bapa bertemu rakan-rakan mereka, pasti ada terselit topik anak-anak dalam perbualan
Kadang kala kerenah anak-anak yang memalukan di rumah juga turut diceritakan. Kita sebagai anak pula yang malu untuk mendengar.
Baru-baru ini, tular satu video berkenaan seorang gadis yang terkedu apabila rakan-rakan mengaji kelas agama ibunya tiba-tiba duduk semeja ketika mereka berdua sedang bersarapan.
Lihat video penuh di bawah:
Tidak tahu ingin buat apa, sekadar senyum dan mendengar tazkirah
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @ceorisau di TikToknya, wanita tersebut yang dilihat freehair sedang bersarapan bersama ibunya di sebuah kedai makan.
Lebih menarik perhatian, situasi berubah janggal apabila geng-geng mengaji kelas agama ibunya turut hadir dan duduk semeja dengan mereka.
Perkara tersebut ternyata membuatkan rata-rata netizen turut terhibur dan dapat relate dengannya.
"Pandai mak dia tarbiah secara halus" - Netizen
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan situasi yang dihadapi oleh gadis itu.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut meraih 1.4M views, 126.7K likes dan 3027 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!