[VIDEO] "Pagar Dah Tutup" - Lambat Jemput Balik Sekolah, Gaya Adik Bebel Ini Undang Tawa
Kan dah kena bebel.
Kebiasaannya, budak sekolah akan menaiki van atau bas untuk pulang dari sekolah
Selain itu, ramai juga yang akan diambil oleh ibu bapa atau ahli keluarga setiap kali habis waktu persekolahan.
Tular baru-baru ini satu video di TikTok, berkenaan seorang budak sekolah yang membebel kepada abangnya kerana lewat mengambilnya di sekolah telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Lambat sangat sampai pintu pagar sekolah pun dah tutup
Menerusi video yang dimuat naik oleh @nanadyadh di TikTok, kelihatan rakaman menunjukkan kawasan di depan pintu pagar sekolah.
Apa yang menghiburkan ramai adalah apabila terdapat seorang budak perempuan sedang berjalan menuju ke kereta sambil membebel. Dia sempat berkata, "Lambatnya, kau tahu tak dah tutup pintu pagar."
“Kalau aku jadi adik tu, aku cakap nasib aku tak jadi guard sekolah shift malam hahahaha” - Netizen
Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 783.8K tontonan, 59.6K tanda suka dan 873 komen di TikTok, rata-rata netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video tersebut.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!