seismik

[VIDEO] "Risau" - Anak Tak Nak Dengar Kata, Ayah Pura-Pura Nak Pergi Kerja Ini Bikin Dekah

Trauma anak dia.

Cover image via @shashafazana (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan bahawa anak-anak memang banyak ragamnya yang tersendiri

Ada yang asyik menangis jika tidak dapat apa yang diinginkan dan ada juga yang sukar untuk mendengar kata. Namun, ibu bapa mestilah berusaha untuk menanganinya. 

Begitu juga dengan satu video yang tular di TikTok baru-baru ini, berkenaan seorang ayah yang mengugut anaknya untuk pergi kerja kerana anaknya tidak mendengar kata telah meraih perhatian.

Lihat video penuh itu di bawah:

@shashafazana

bila anak2 xnak dgr kata ayah, ayah ugut nak pergi work

Belum siap udah ngelunjak - MaudyR

Ayah ugut nak pergi kerja, tetapi baju kerja ibu pula dipakainya

Menerusi video yang dimuat naik oleh @shashafazana di TikTok, kelihatan rakaman menunjukkan seorang ayah dan anaknya sedang berada di dalam sebuah bilik.

Namun, apa yang mengejutkan netizen adalah apabila si ayah mengenakan baju jururawat dipercayai milik isterinya. Difahamkan, anaknya itu tidak mendengar kata, maka dia mengugut untuk pergi ke kerja.

“Ini patients tengok tak tahu lah makin sihat ke makin sakit” - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap video yang dikongsikan.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 295.3K views, 35.6K likes dan 441 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Baik adik dengar cakap ayah, tak pasal-pasal semua orang terkejut dekat hospital nanti :p

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: