seismik

"Buat Hal" - Lelaki Bawa Boarding Pass Besar Di Lapangan Terbang Ini Undang Tawa Warganet

Besar sangat tu bang.

Cover image via @feifei_04 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti umum tahu, semua penumpang yang ingin menaiki kapal terbang perlu menunjukkan pas masuk

Pas masuk ataupun boarding pass merupakan satu dokumen yang membolehkan kita untuk menaiki pesawat.

Tular satu video di TikTok baru-baru ini, berkenaan seorang lelaki yang membawa pas masuk bersaiz besar di lapangan terbang telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Pegawai pun terkejut tengok boarding pass saiz besar

Menerusi video yang dimuat naik oleh @feifei_04 di TikTok, kelihatan rakaman menunjukkan situasi di lapangan terbang.

Apa yang membuatkan warganet terhibur adalah apabila terdapat seorang lelaki yang membawa boarding pass bersaiz besar seperti kertas mahjong.

“Nasib baik polis bantuan airport sporting. Kalau sebaliknya mahu murung group ni” - Warganet

Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 1.2M views, 124K likes dan 2,841 comments di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat video tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Aduhai, rajin betul dia print besar macam tu :D

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: