[VIDEO] Kuarantin Sebab Covid-19, Tapi Member Hantar 'Makanan' Ini Buat Netizen Terhibur
Buat hal betul lah.
Seperti umum tahu, sesiapa sahaja yang dijangkiti Covid-19 wajib menjalankan kuarantin
Hal ini bagi mengurangkan risiko jangkitan virus tersebut kepada orang sekeliling dan dalam masa yang sama dapat membendung penularan wabak Covid-19 di negara ini.
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok berkenaan seorang wanita yang menerima makanan daripada rakannya akibat tidak boleh keluar rumah kerana kuarantin telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Member tengah sakit dan lapar, dia boleh prank pula
Menerusi video yang dimuat naik oleh @sabbyraa di TikTok, rakaman menunjukkan dua orang perempuan menghantar makanan di hadapan pintu rumah rakan mereka yang sedang kuarantin.
Apa yang menghiburkan ramai adalah apabila pemilik video membuka bekas makanan yang diberi oleh rakannya itu dan menjumpai makanan dalam bentuk mainan di dalamnya.
“Tak apalah kak, kalau bosan bolehlah main burger yang dia bagi tu” - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat video yang dikongsikan.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 687K views, 68.3K likes dan 1,205 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Boleh pula dia kenakan orang tengah sakit. Nasiblah kak dapat kawan kelakar macam tu :p
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!