“Memang Rare” - Pasangan Suami Isteri Buat Majlis Kahwin Di Mekdi Ini Curi Tumpuan Ramai
Seronok betul.
Hari perkahwinan merupakan hari yang istimewa buat pasangan yang akan mendirikan rumah tangga
Oleh itu, ramai yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk mengadakan majlis kahwin untuk meraikan perkahwinan mereka.
Namun, lain pula dengan satu video yang viral di TikTok ini apabila majlis kahwin yang diadakan di sebuah restoran makanan segera telah meraih tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tak pernah dibuat orang, pasangan ini buat majlis kahwin di Mekdi
Menerusi video yang dimuat naik oleh @reysheats di TikTok, rakaman menunjukkan suasana di sebuah restoran makanan segera, McDonald's.
Namun, apa yang buat netizen terpegun adalah apabila terdapat majlis kahwin yang sedang berlangsung di situ. Dapat dilihat juga pasangan itu sedang menyarungkan cincin dan acara membaling bunga.
“Okay good idea gak ni sebab masa majlis sebenar tak dapat nak jemput ramai so kalau buat post wedding kat McD pun macam best” - Netizen
Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 66.2K tontonan, 5.8K tanda suka dan 73 komen di TikTok, rata-rata netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video tersebut.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!