[VIDEO] “Mengidam” - Ibu Mengandung Gemar Makan Beras Ini Buat Ramai Boleh Relate
Sedap ke makan beras macam tu je?
Ibu mengandung sering kali mengidam makanan ataupun benda yang di luar jangkaan
Namun begitu, para suami pasti akan mencuba sedaya upaya meraka untuk memberikan apa sahaja buat si isteri dan anak di dalam kandungan.
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok berkenaan seorang ibu mengandung yang gemar makan beras telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Wanita ini mengidam makan beras semasa mengandung
Menerusi video yang dimuat naik oleh @sheeyunus, rakaman menunjukkan perakam video sedang mengambil beberapa butir beras lalu membasuhnya.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila seorang ibu mengandung memakan beras yang dibasuh tadi tanpa memasaknya terlebih dahulu.
“Masa pregnant anak no 5 saya makan beras dengan sabun Axion yang kuning tu rasa macam makan ice cream.” - Netizen
Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 410.2K views, 21.2K likes dan 904 comments di TikTok, rata-rata netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video tersebut. Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman mengidam masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!