[VIDEO] “Excuse Me” - Wanita Berang Orang Masuk Dalam Lif Ini Undang Perdebatan Netizen
Eh, akak okay tak tu?
Lif merupakan kemudahan yang selalu disediakan di tempat awam
Namun, semua orang haruslah menggunakan kemudahan tersebut dengan berhemah dan mengutamakan golongan warga emas, OKU, ibu mengandung dan banyak lagi.
Tular satu video di TikTok baru-baru ini, berkenaan sekumpulan wanita bertekak dengan seorang wanita di dalam lif telah meraih tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tak puas hati orang lain masuk lif tak cakap "excuse me", sekumpulan wanita ini jadi mangsa
Menerusi video yang dimuat naik oleh @anisnafisaaa di TikTok, rakaman menunjukkan suasana di dalam sebuah lif.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila seorang wanita yang sedang menghadap belakang lif bersama anaknya bersuara menunjukkan ketidakpuasan hatinya terhadap sekumpulan wanita.
Difahamkan, perbalahan itu berlaku disebabkan wanita tersebut tidak puas hati terhadap sekumpulan wanita yang memasuki lif tanpa mengucapkan "excuse me" terlebih dahulu.
Pemilik video turut sempat memuat naik satu lagi video yang dirakam di dalam lif tersebut:
“Assalamualaikum, boleh saya masuk lift? Kalau ada kekosongan izin saya masuk ya. Alhamdulillah, terima kasih” - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video yang dikongsikan.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 1.6M views, 80.8K likes dan 4,323 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!