seismik

[VIDEO] Member Nak Agah Anak, Si Ayah Pula Yang Seronok Ini Bikin Dekah Ramai

Anak dia pun keliru.

Cover image via @rusy0o (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jika kita nampak budak kecil, kita pasti suka mengagah mereka bukan?

Iyalah, budak kecil selalunya suka diagah dan kita sudah tentu mahu melihat mereka senyum dan tertawa.

Begitu juga dengan satu video yang tular di TikTok, berkenaan seorang lelaki mengagah budak kecil, namun si ayah pula yang teruja telah meraih tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@rusy0o

Sepatutnya budak bukan bapak

original sound - Rusyo - Rusyo

Anak yang kena agah, tapi si ayah pula yang teruja

Menerusi video yang dimuat naik oleh @rusy0o di TikTok, kelihatan rakaman menunjukkan seorang lelaki sedang mengagah seorang budak kecil.

Namun, apa yang menghiburkan ramai adalah apabila si ayah kepada budak kecil itu pula yang terlebih teruja.

“Anak confuse asal bapak aku gelak, sepatutnya aku yang gelak” - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat video yang dikongsikan.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 146.7K views, 11.4K likes dan 163 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Amboi, bukan main seronok lagi si ayah ya sampai anak pun pelik tengok :p

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: