seismik

[VIDEO] “Aduh” - Baru Nak Tunjuk Skill Main Golf, Tapi Wanita Ini Terpukul Muka Orang Pula

Mesti sakit tu!

Cover image via @bbrx16 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Golf merupakan aktiviti sukan kegemaran ramai, tidak kira lelaki atau perempuan

Sukan ini sememangnya menyeronokkan dan tidak memerlukan banyak tenaga untuk bermain. Tambahan pula, ia juga merupakan antara sukan yang mahal.

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial berkenaan seorang wanita terpukul muka seorang lelaki menggunakan kayu golf telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@bbrx16

Replying to @wanzzssss ni video ori alamak lambat post sorry got many test to do hahaha. But evrythings fine dia okay je

Middle of the night x Carol of the bells - ᴍᴀ F

Baru nak tunjuk skill main golf, terpukul muka abang sebelah pula

Menerusi video yang dimuat naik oleh @bbrx16 di TikTok, rakaman menunjukkan seorang wanita sedang bermain golf di sebuah tempat bermain golf yang tidak dikenal pasti lokasinya sambil diperhatikan oleh seorang lelaki.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila wanita itu terpukul muka lelaki yang berada di sebelahnya sewaktu menghayunkan kayu golf. Pukulan itu sampai membuatkan topi lelaki itu tertanggal.

“Abang okay bang? Kalau saya terus balik rumah je bang, itulah last jumpa” - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 2M tontonan, 118.7K tanda suka dan 6,558 komen di TikTok, rata-rata netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Okay tak tu, bang? Nampak macam sakit sangat tu :')

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: