“Kreatif” - Lelaki Pakai Topi Keledar Ala-Ala Cerek Ini Buat Netizen Terpegun
Lain macam ya helmet dia.
Memakai topi keledar sewaktu menunggang motosikal adalah wajib
Hal ini bagi menjamin keselamatan penunggang motosikal dan mengelakkan kemalangan yang serius.
Baru-baru ini, tular satu video di media sosial berkenaan seorang lelaki memakai topi keledar ala-ala cerek telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Lelaki ini selamba pakai topi keledar versi cerek, siap ada visor lagi
Menerusi video yang dimuat naik oleh @oyeahh755 di TikTok, kelihatan rakaman menunjukkan keadaan di satu tempat yang sesak.
Apa yang membuatkan netizen terhibur adalah apabila terdapat seorang penunggang motosikal yang memakai topi keledar ala-ala cerek. Helmet cerek itu siap dilengkapi dengan visor lagi.
“Haah haritu ada nampat dekat traffic light comel je HAHAHAHAH” - Netizen
Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 158.5K tontonan, 4.8K tanda suka dan 211 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat helmet rare lelaki itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!