Si Ibu Kongsi Rakaman Anak Salam Boyfriend Sebelum Balik Sekolah Ini Jadi Tumpuan Ramai
Amboi, bukan main lagi dia ya!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menghantar anak ke sekolah
Hal ini kerana, anak-anak perlu mendapatkan pendidikan sejak usia muda lagi bagi menjamin masa depan mereka.
Baru-baru ini, tular satu video di media sosial di mana seorang ibu merakam gelagat anak perempuannya menyalam 'boyfriend' sewaktu mengambilnya pulang dari sekolah telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Salam boyfriend sebelum balik sekolah sampai si ibu terpaksa menunggu
Menerusi video yang dimuat naik oleh @azwnrsmn di TikTok, kelihatan rakaman menunjukkan seorang budak perempuan sedang berada di tempat menunggu bas di sebuah kawasan sekolah.
Apa yang menarik perhatian netizen adalah apabila budak perempuan itu dilihat menyalam teman lelakinya sambil diperhatikan ibunya yang sudah lama menunggu di dalam kereta.
Pemilik video iaitu ibu kepada budak perempuan tersebut sempat berkongsi di ruangan kapsyen, "Kemain anak aku. Salam boyfriend dulu baru masuk kereta. Mak kau tunggu 10 minit ek untuk drama ni".
“Dah besar nanti tolong tunjuk balik video ni kat dia” - Netizen
Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 954.6K tontonan, 59.4K tanda suka dan 1,591 komen di TikTok, rata-rata netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video tersebut.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!