seismik

“Buat Konsert” - Nak Pujuk Anak Menangis, Si Ayah Nyanyi Lagu Rock Ini Buat Ramai Terpegun

Sedap betul suara ayah dia!

Cover image via @ray_drac (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bukan mudah untuk memujuk bayi atau anak kecil apabila mereka menangis

Oleh itu, pelbagai cara ibu bapa akan lakukan bagi menenangkan anak mereka. Ada yang berikan mainan, ada yang berikan susu dan ada juga yang menyanyi.

Begitu juga dengan satu video yang tular di media sosial baru-baru ini, berkenaan seorang ayah yang menyanyikan lagu rock untuk memujuk anaknya yang sedang menangis telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@ray_drac

Replying to @st4lkleer2 x nyanyi nnti nangis

original sound - Daddy_Ray - Daddy_Ray

Ayah kena nyanyi lagu rock kapak baru anak tak menangis

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ray_drac di TikTok, kelihatan seorang bayi sedang menangis sambil diperhatikan oleh ayahnya di sisi.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila bayi itu terus berhenti menangis sebaik sahaja ayahnya menyanyi lagu daripada kumpulan rock terkenal, Jinbara.

Namun, apa yang membuat netizen terpegun adalah suara si ayah yang sangat sedap didengar. Tidak hairanlah kenapa anaknya pun suka mendengar.

“Nanti anak dah besar boleh lah ajak karok sama-sama” - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video yang dikongsikan.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 4.1M views, 502.3K likes dan 3,538 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kalau min dengar pun terkesima juga. Sedap betul suara ayah adik ni!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: