seismik

[VIDEO] Wanita Tak Boleh Tidur Akibat Orang Sebelah Berdengkur Dalam Wad Ini Undang Debat

Memang penat sangat tu.

Cover image via @afifah.ml (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jika anak-anak harus dimasukkan ke wad, ibu bapa perlu menemani mereka

Iyalah, siapa lagi yang akan menjaga anak-anak kalau bukan ibu bapa mereka sendiri. Hal ini akan membuatkan anak-anak rasa kurang takut dan berasa selamat.

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial berkenaan seorang wanita berkongsi pengalamannya tidak boleh tidur di dalam wad akibat orang sebelah berdengkur dengan kuat telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@afifah.ml

Ini kalau hari hari macam ni letih la nokk. Entahlah dengar jelah sendiri dampai habis #fyp #storytime #berdengkur

original sound - Afifah.ml - Afifah.ml

Berdengkur terlalu kuat sehingga mengganggu ketenteraman orang lain di dalam wad

Menerusi video yang dimuat naik oleh @afifah.ml di TikTok, kelihatan rakaman menunjukkan suasana di dalam sebuah wad yang tidak dikenal pasti lokasinya.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah apabila kedengaran suara orang berdengkur yang begitu kuat. Difahamkan, pemilik video yang menemani anaknya di wad tersebut tidak boleh tidur akibat bunyi dengkuran yang kuat itu.

“Hurm… Dia pun tak minta tidur bunyi sampai macam tu sekali” - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video yang dikongsikan. Malah, ada yang berpendapat bahawa tidur berdengkur itu bukanlah sesuatu yang senang dikawal.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 108.5K views, 3.6K likes dan 490 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Tak apa lah, mungkin orang sebelah tu penat sangat kot :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: