[VIDEO] “Sayang” - Nak Pakai Kad Dekat Kampung, Reaksi Mak Cik Ini Buat Ramai Terhibur
Untunglah mak cik tu panggil sayang.
Pada zaman serba moden ini ditambah lagi dengan kewujudan Covid-19, pembayaran tanpa tunai amat digalakkan
Iyalah, ia bukan sahaja mudah malah dapat mengurangkan risiko kecurian dan penularan wabak Covid-19.
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok di mana seorang lelaki ingin membuat bayaran menggunakan kad di kampung telah meraih tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Nak bayar pakai kad, tapi respon mak cik ini pula undang tawa ramai
Menerusi video yang dimuat naik oleh @muhdrusdan975 di TikTok, kelihatan seorang lelaki sedang bertanyakan kepada seorang mak cik sama ada dia boleh membuat pembayaran menggunakan kad.
Apa yang menghiburkan ramai adalah respon mak cik itu yang sangat ramah. Dia turut memanggil lelaki itu 'sayang' banyak kali. Mak cik itu sempat berkata bahawa dia tidak dapat menerima bayaran menggunakan kad kerana mereka berada di kampung.
“Tak ada boyfriend pun tak apa asal ada makcik ni je” - Netizen
Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 619.2K tontonan, 57.2K tanda suka dan 573 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi mak cik itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!