seismik

[VIDEO] “Terkejut” - Syok Layan Perasaan Tepi Pantai, Sekali Monyet Datang Curi Aiskrim

Tak pasal-pasal kena curi.

Cover image via @murfiiii (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pantai merupakan tempat yang sangat aman disebabkan bayu dan bunyi ombak

Oleh itu, ramai yang gemar pergi ke pantai untuk mendapatkan ketenangan sambil menghirup udara segar.

Begitu juga dengan satu video yang tular di TikTok, di mana seorang gadis syok melayan perasaan di tepi pantai telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Baru nak layan perasaan, sekali monyet datang curi aiskrim

Menerusi video yang dimuat naik oleh @murfiiii di TikTok, kelihatan seorang gadis sedang melayan perasaan di tepi pantai sambil menikmati aiskrim.

Namun, apa yang menghiburkan ramai adalah apabila terdapat seekor monyet menghampiri dan selamba merampas aiskrim daripada gadis itu.

“Hahahahahaha moral of the story jangan terlalu menghayal dik. Kita tak tahu musuh dari belakang sedang memerhati” - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video yang dikongsikan.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 561.9K views, 75.5K likes dan 2,598 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Lain kali kena bawa dua aiskrim, satu bagi dekat monyet :p

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: