seismik

“Awak B40” - Suara Macam Voice Over Dalam LRT, Wanita Rakam Alarm Ini Buat Ramai Terpegun

Sentap pula dengar alarm dia.

Cover image via @nani.roc (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan bahawa ramai orang memang susah bangun daripada tidur, betul tak?

Kesibukan bekerja di siang hari membuatkan badan letih dan memerlukan rehat yang secukupnya. Oleh itu, memasang alarm merupakan perkara wajib bagi mereka yang sukar bangun tidur.

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok berkenaan seorang wanita yang membuat voice-over seperti alarm bangun tidur telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@nani.roc

Replying to @aidielysf haa asyik spam request je kannnn hshshshs jgn mareee aaaa gurau

Alarm untuk golongan B40 - Nani Roslan

Alarm ini mampu buat ramai orang mudah bangun daripada tidur

Menerusi video yang dimuat naik oleh @nani.roc di TikTok, kelihatan seorang wanita sedang merakam dirinya membuat voice-over alarm bangun tidur.

Namun, apa yang membuatkan netizen terhibur adalah ayat-ayat 'pedas' yang digunakan oleh wanita tersebut seperti, "Bangun pagi. Jangan tekan snooze. Awak B40. Kena bangun. Kerja."

“Ni bukan Aidiel je bangun, saya join bangun sekali kak” - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 4M tontonan, 342.6K tanda suka dan 8,098 komen di TikTok, rata-rata netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aidiel mesti menyesal suruh akak ni buat alarm. Tak pasal-pasal kena hina :p

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: