seismik

"Rezeki" - Buah Mangga Termasuk Dalam Kereta, Gaya Lelaki Ini Curi Pula Bikin Dekah

Boleh pula mangga tu termasuk dalam kereta.

Cover image via @eggy_009 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kadangkala, ramai orang suka membuka tingkap kereta untuk menikmati udara luar

Namun, perkara itu boleh mengudang bahaya kerana anda mungkin menjadi target penjenayah. Malah, serangga juga boleh memasuki kereta tanpa disedari.

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok berkenaan seorang lelaki yang menunjukkan buah mangga memasuki keretanya telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@eggy_009

Mudah2an Halal..

suara asli - -

Tutup tingkap untuk dapatkan buah mangga percuma

Menerusi video yang dimuat naik oleh @eggy_009 di TikTok, kelihatan rakaman menunjukkan buah mangga yang termasuk sedikit ke dalam kereta.

Apa yang menghiburkan netizen adalah apabila lelaki di dalam kereta itu menutup tingkap dan menggerakkan keretanya sambil membuat muka tidak bersalah. Ekoran itu, dia mendapat tiga biji buah mangga percuma.

“Salahkan tuannya sebab tanam pokok di tepi jalan” - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video yang dikongsikan.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 1.2M views, 38.8K likes dan 1,152 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Itulah, siapa suruh buah mangga tu masuk dalam kereta kan :p

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: