seismik

“Berpengalaman” - Gelagat Budak Kecil Pandai Basuh Pinggan Ini Raih Tumpuan Ramai

Comel je adik ni.

Cover image via @sifsuka (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Mengajar anak-anak membuat kerja rumah sememangnya penting

Hal ini kerana, ia mampu melatih anak-anak untuk menjadi lebih rajin dan bertanggungjawab. Antara perkara yang boleh dilakukan mereka adalah mengemas mainan, siram pokok bunga dan banyak lagi.

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok berkenaan seorang budak lelaki membasuh pinggan di singki dapur telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@sifsuka

terpaksa suruh adik ot sebab nk beli susu#content

original sound - Malis - Malis

Kecil lagi sudah pandai basuh pinggan

Menerusi video yang dimuat naik oleh @sifsuka di TikTok, kelihatan rakaman menunjukkan suasana di sebuah dapur.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah apabila terdapat seorang budak lelaki sedang berpaut pada singki dapur sambil membasuh pinggan.

“Dik kerja basuh pinggan kedai abang, gaji basic RM1,500 + RM300 elaun kecomelan + gula-gula dua biji hehehe comel woi” - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 288K tontonan, 42.5K tanda suka dan 340 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi terhadap video tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Hebat betul adik ni basuh pinggan sambil berpaut dekat sink macam tu :o

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: