[VIDEO] Ramai Boleh Relate Lepas Tengok Parodi 'Akak Fasi' Minggu Orientasi Universiti Ni!
Ayat standard fasilitator, “Kami korbankan cuti sem kami untuk korang…”.
Buat yang pernah belajar di universiti pasti akan ingat pengalaman melalui minggu orientasi di tempat belajar masing-masing
Kebanyakan universiti di Malaysia memang ada minggu orientasi di mana ia biasanya dikendalikan oleh sekumpulan pelajar senior yang digelar fasilitator untuk mengetuai beberapa aktiviti buat pelajar-pelajar baru.
Selalunya, minggu orientasi akan menjadi minggu yang sangat penat dan 'berlecak', Malah, akan ada pelajar yang sampai tidak cukup tidur gara-gara kena buat aktiviti yang disuruh para fasilitator.
Tidak dapat dinafikan, ramai yang akan menyampah dengan fasilitator sepanjang minggu orientasi. Manakan tidak, selama 7 hari itu, fasilitator inilah yang akan terjerit-jerit mengarah pelajar-pelajar baru untuk buat itu ini.
Baru-baru ini tular video seorang pengguna TikTok melakonkan semula telatah fasilitator sepanjang minggu orientasi yang berjaya membuat orang ramai #canrelate
Video parodi yang dibuat pengguna TikTok @applekwumble atau Batrisyia itu memaparkan dirinya melakonkan semula watak 'akak fasi' yang biasa dilihat pada minggu orientasi.
Dalam videonya, Batrisyia telah mimik semula sesi perkenalan diri dan aktiviti menari ‘chicken dance’ yang akan dibuat semasa minggu orientasi. Bukan itu sahaja, ayat standard yang selalu keluar daripada mulut para fasilitator iaitu, “Kami korbankan cuti sem kami untuk korang…” pun telah gadis itu gunakan dalam videonya.
Video tersebut kemudiannya telah dikongsikan semula di laman Twitter oleh @bqzedreen.
Tinjauan di laman Twitter mendapati ramai yang memberikan respon mereka selepas melihat video parodi tersebut
Rata-rata mula terkenangkan zaman universiti mereka, malah siap ada yang berkongsikan pengalaman pahit dengan fasilitator masing-masing.
Baca balik komen-komen netizen ini, terus teringat balik zaman kena hadap minggu orientasi. Adehh!