Pasangan Romantis Awal & Scha Bercanggah Pendapat Masa Nak Beli Rumah. Alamak!
Dah kenapa pula ni. Hmm...
Jarang kita dengar pasangan selebriti popular, Awal Ashaari dan Scha Alyahya terpalit dengan sebarang kontroversi, nampak bahagia je selalu!
Namun, terdapat sumber berkongsi video pendek pasangan berkenaan bertikam lidah di sebuah kawasan kediaman mewah baru-baru ini.
Menurut sumber, semuanya terjadi selepas mereka tiba dan melawat sekitar kawasan berkenaan. Kagum dengan gaya hidup kawasan perbandaran berkenaan, salah seorang daripada mereka mula sedar bahawa inilah kehidupan sebenar yang dicari. Lantas, perang mulut pun berlaku.
Alamak, pendapat masing-masing sudah mula bercanggah kali ini...
Berdasarkan video berkenaan, kedengaran perbualan pasangan itu yang sedang mencari rumah kedua berdebat bahawa rumah semi-d memadai untuk keluarga kecil mereka setakat ini.
Namun, lain pula pendapat Awal yang mahu melawat unit banglo yang ada.
Selepas melawat beberapa unit banglo di sana, pasangan berkenaan bercanggah pendapat berkenaan rumah yang sesuai untuk keluarga mereka.
Awal tiba-tiba nak pindah ke Johor Bahru pula. Kenapa ni?
Tak cukup dengan itu, Awal pula menyuarakan pendapat untuk menetap di Johor Bahru selepas bersara membuatkan Scha tak senang duduk kerana beliau tidak mahu berpindah ke sana. Lantas, Scha memujuk Awal untuk membeli rumah kedua di ibu kota.
Setuju dengan cadangan itu, Awal mula melawat beberapa rumah di kawasan berkenaan namun memilih untuk mendapatkan rumah yang melebihi bajet mereka. Sebagai isteri, haruslah Scha menasihati Awal untuk mengikuti bajet yang ditetapkan supaya tidak susah di kemudian hari kan?
Adakah Awal & Scha berjaya mendapatkan rumah ideal mereka?
Jangan risau, ini hanyalah lakonan semata-mata. Sebenarnya, Awal dan Scha nak bantu penonton untuk mendapatkan rumah impian dengan EcoWorld. Semuanya cantik-cantik belaka, sampai Awal dan Scha sendiri pun pening.
Jadi, jangan lupa saksikan ragam pasangan popular itu dalam Misi Rumah Impian yang dibawakan khas oleh EcoWorld bermula 27 November hingga 5 Disember ini, setiap Rabu dan Khamis, pada jam 9.50 malam di TV3.
Apa antara kelebihan yang ditawarkan di setiap kediaman EcoWorld?
Banyak tau! Sebagai pemaju hartanah yang sudah bertapak di Malaysia selama 6 tahun, EcoWorld sentiasa menawarkan manfaat dan kelebihan terbaik supaya penghuninya seronok serta rasa selamat bersama keluarga tercinta.
Antaranya:
1) Keselamatan - Setiap kediaman EcoWorld berpagar dan dilindungi oleh ciri keselamatan pelbagai peringkat. Selain itu, polis bantuan EcoWorld juga sentiasa mengawasi setiap kawasan bagi memastikan keselamatan penghuni. Barulah anak-anak dapat bermain dengan selamat! Lega sikit kita sebagai mak ayah.
2) Persekitaran - Kalau korang melawat kawasan kediaman EcoWorld, anda akan nampak semua penjuru dihiasi dengan landskap hijau, mercu tanda dan welcome statement yang melambangkan setiap kediaman. Contohnya Majestic = jambatan karpet merah, Grandeur = jambatan impian dan banyak lagilah! Tenang lagi indah je suasana kat sana.
3) Seni Bina - Reka bentuk rumah di EcoWorld sememangnya inovatif dan praktikal kerana susun aturnya sesuai untuk penghuni yang berbeza latar belakang dan peringkat umur. Bagi korang yang mempunyai gaya hidup berbeza, tak ada masalah untuk berjiran di EcoWorld dan cipta memori bersama keluarga tercinta.
4) Komuniti - Mengeratkan hubungan dalam komuniti EcoWorld dengan adanya pelbagai fasiliti seperti gym, taman, laluan basikal dan ruang untuk menyerlahkan aktiviti (hanya di Grandeur). Dari situ, masing-masing kenal antara satu sama lain dan silaturrahim terjalin!
Seronoknya kalau kita dapat duduk berjiran dekat EcoWorld kan? Jom kunjungi galeri berhampiran atau layari laman web EcoWorld untuk mengetahui maklumat lanjut tentang projek terbaru mereka.
Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.