seismik

[VIDEO] Pengantin Lelaki Terpaksa Dikuarantin, Ayah Teman Anak Berarak Sepanjang Majlis

Dugaan buat mereka.

Cover image via @nrlndzri (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti yang kita tahu, keadaan kes Covid-19 dalam negara amat membimbangkan

Setiap hari pasti ada saja peningkatan kes. Malah, semakin hari ramai kenalan rapat dan ahli keluarga kita yang positif kerana wabak itu.

Tentu banyak perancangan terpaksa ditangguhkan jika positif. Namun, ada sesetengahnya masih perlu diteruskan.

Sama seperti video yang tular ini apabila seorang wanita kisah sedih pada majlis perkahwinannya telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@nrlndzri

27/02/2022 Terima kasih ayah teman orang berarak sampai ke meja makan beradab. Minta dihalalkan setiap titisan air mata ayah yang jatuh

Pasti - Cherpen Band

Terpaksa teruskan majlis walaupun pengantin lelaki positif

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita sedang berada di majlis perkahwinannya di lokasi yang tidak diketahui.

Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah dia hanya berseorangan tanpa pasangannya disebelah. Difahamkan, pengantin lelaki terpaksa dikuarantin beberapa hari sebelum majlis mereka.

Malah, semua persiapan sudah pun disediakan buat mereka. Disebabkan tidak mahu membatalkannya pada saat yang sangat akhir, dia mengambil keputusan untuk tetap meneruskan majlis tersebut. 

Lebih memilukan adalah apabila ayah pengantin perempuan sendiri yang menemani anaknya berarak sepanjang majlis tersebut.

"Harap dapat hadapi dugaan. Semoga pengantin lelaki cepat sihat" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan kata-kata semangat buat dirinya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.9M views, 117.9K likes dan 1,062 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Sedih pula tengok, harap pengantin lelaki cepat sembuh ya :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: