[VIDEO] "Perempuan Tak Rasa" - Lelaki Ini Kongsi Momen Paling Best Di Asrama
Paling best bila duduk asrama.
Bagi sesiapa yang pernah tinggal di asrama pasti tahu kenangan yang berlaku pada zaman itu
Sudah tentu kehidupan di asrama adalah salah satu kenangan indah yang tidak dapat dilupakan.
Biarpun ia agak berbeza dengan masa sekarang kerana teknologi yang semakin canggih, namun ia masih dapat melakukan aktiviti seronok bersama rakan-rakan.
Sama seperti video yang tular di Twitter baru-baru ini yang memaparkan aktiviti sekumpulan pelajar asrama lelaki mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Aktiviti weekend yang sering dilakukan oleh pelajar asrama untuk berseronok
Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan pelajar lelaki sedang berhibur dengan melakukan pelbagai aktiviti menarik.
Menurut video itu, ia adalah aktiviti weekend yang sering dilakukan oleh pelajar untuk bergotong-royong sambil membersihkan kawasan asrama.
Mereka juga turut mengambil kesempatan itu dengan menghiburkan diri masing-masing dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Malah, mereka juga memberitahu pelajar asrama perempuan pasti tidak boleh melakukan aktiviti seperti ini.
"Bising sikit pun dah kena panggil, memang tak lah nak buat gini" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasakan pengalaman yang sama seperti yang dipaparkan.
Malah, ada yang memberitahu sesetangah pelajar asrama perempuan pernah melakukan benda sama tetapi ada juga yang tidak boleh melakukan aktiviti sebegini kerana akan dimarahi.
Berikut adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter: