seismik

"Rempit, Kaki Perempuan & Minum Arak" - Video Promo Jersi Baru JDT Teruk Dikecam Netizen!

Video itu mendapat kecaman daripada netizen yang masing-masing menganggap ia tidak menggambarkan budaya tempatan rakyat Malaysia.

Cover image via Twitter @OfficialJohor

Baru-baru ini tular video promo dari pasukan bola sepak Malaysia, Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim atau lebih dikenali sebagai JDT di laman Twitter

Video berdurasi 3 minit yang dimuat naik laman Twitter rasmi JDT, @OfficialJohor itu sebenarnya ingin mempromosikan jersi baru JDT bagi musim 2020 dari jenama terkemuka antarabangsa, Nike.

Menerusi video yang berlatarbelakangkan suasana di dalam sebuah bar ala koboi itu, dapat dilihat beberapa pemain JDT sebagai watak utama termasuklah Corbin Ong dan Safawi Rashid.

Seorang wanita kemudiannya masuk ke dalam bar tersebut, memainkan lagu daripada jukebox lalu menari sambil diperhatikan pemain itu semua. Selepas menari dan meminum segelas 'teh o ais', wanita itu terus berjalan keluar namun dipanggil supaya tidak beredar dari situ.

Pada mulanya wanita itu seakan tidak menghirau siulan namun berubah fikiran setelah melihat logo JDT pada jersi yang dipakai Corbin Ong. Dia yang tertarik dengan lambang itu terus pergi ke Corbin Ong dan sambung menari.

Lihat video penuh di bawah:

Video itu bagaimanapun mendapat kecaman daripada warganet yang masing-masing menganggap ia tidak menggambarkan budaya tempatan rakyat Malaysia

Selain merasakan video promo tersebut membuang masa, rata-rata tidak gemar cara ia meletakkan wanita sebagai objek kerana berpakaian seksi sehingga menampakkan lurah dada.

Antara komen negatif daripada warganet:

Dah 2020 ni buatlah video yang mempamerkan budaya kita, tak perlu banggakan sangat barat tu haaa!

So, apa pendapat korang lepas tonton video tersebut?

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Fuhh penangan Brendan Gan!

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: