x

seismik

[VIDEO] Raih Lebih 1 Juta Views, Aksi Wanita Bawa Tikar 'Tidur' Atas Air Ini Curi Tumpuan

Macam mana boleh terjadi ya?

Cover image via @salambayleaf (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bermacam-macam aksi dan gelagat kita boleh lihat hari ini dikongsikan dalam media sosial

Video-video itu kadangkala dapat menghiburkan hati kita.  Tetapi, ada juga video yang menimbulkan pertanyaan ramai.

Seperti video yang tular di TikTok ini apabila aksi seorang wanita membawa tikar dan dibentangkan di atas air untuk tidur telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Selamba tidur atas air, pelik tak tenggelam

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita sedang memegang sebuah tikar dia hadapan sungai.

Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah dia dilihat dengan selamba membuka tikar tersebut dan membentangkannya di atas air.

Lebih mengejutkan lagi dia siap membawa bantal dan kemudian melompat di atasnya untuk tidur. Ternyata dia terapung dan tidak tenggelam dalam sungai itu.

"Macam mana dia nak naik balik nanti" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen juga turut mempersoalkannya. Malah, ramai yang memberikan reaksi masing-masing.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.8M views, 165.8K likes dan 3,327 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Agak-agak macam mana dia boleh terapung ya?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik