seismik

[VIDEO] Sampai Minta Bantuan Jurubahasa Isyarat, Anggota Polis Ini Dipuji Tolong Orang OKU

Bagus betul akak ni ada inisiatif sendiri untuk membantu.

Cover image via Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police) (Facebook)

Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) merupakan sebahagian daripada masyarakat kita

Golongan ini juga mempunyai kesaksamaan hak dan peluang untuk menjalani kehidupan seperti anggota masyarakat yang lain.

Orang yang kurang upaya dan cacat biasanya mempunyai kelebihan lain. Sebagai contoh, orang cacat penglihatan tidak mampu melihat, tetapi mempunyai deria lain yang lebih baik dari orang yang normal.

Alangkah bagusnya jika kita yang normal ini membantu golongan tersebut dikala mereka memerlukan.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini mengenai satu perkongsian video di laman Facebook yang menunjukkan seorang anggota polis mengambil inisiatif meminta bantuan daripada golongan itu ketika menerima laporan polis daripada seorang OKU.

Minta bantuan jurubahasa isyarat untuk menterjemahkan laporan

Anggota polis yang dikenali sebagai Lans Koperal Nabilah itu telah menghubungi jurubahasa isyarat daripada Persatuan Orang Pekak Kedah (POPKDA) bagi membantunya.

Dia kemudian meminta agar jurubahasa tersebut menterjemahkan apa yang ingin dilaporkan oleh pengadu OKU tersebut kepadanya.

Dipuji kerana memudahkan urusan orang OKU membuat laporan

Menerusi video tersebut, anggota polis itu ternyata mengambil inisiatif sendiri untuk membantu pengadu berkenaan membuat laporan menggunakan video call.

Justeru, dia dengan tekun memegang telefon bimbitnya ke arah pengadu agar jurubahasa isyarat dapat melihat dan berkomunikasi sementara dia merekodkan segala maklumat.

Tindakannya itu kemudian dimuat naik di laman Facebook Polis Diraja Malaysia dan mendapat pujian yang positif.

Lihat video penuh ini dibawah:

Syabas dan tahniah diucapkan! Kerjasama macam inilah kita nak tengok :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: