seismik

"Spesis Rare" - Wanita Kidal Ini Buat Ramai Terpegun, Siap Boleh Menulis Secara Terbalik

Wah, hebat!

Cover image via @zila_adnan (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kebiasaannya kita akan dapat lihat orang menulis menggunakan tangan kanan betul tak?

Kalau nampak ada orang menulis tangan kiri itu pasti kita akan merasa sedikit pelik dan terpegun kerana bukan semua orang memilikinya.

Hanya si kidal sahaja mengetahui kesukaran yang dialami berbanding individu yang menggunakan tangan kanan termasuk menggunakan gunting, tetikus, gitar dan sebagainya.

Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang wanita tangan kidal menulis secara terbalik telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@zila_adnan

Jrg jumpe spesis rare mcm ni @dilarahman12

Caught A Vibe - Lancesavali

Guna tangan kidal, selamba lagi boleh tulis terbalik

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita sedang mengisi borang sambil dirakam oleh rakannya di sebuah tempat.

Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan ramai adalah wanita itu dilihat dengan selamba mengisi borang berkenaan secara terbalik. Malah, dia juga menggunakan tangan kiri semasa mengisi borang tersebut.

"Aku kalau tulis terbalik dengan otak-otak aku sekali terbalik" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pandangan mereka selepas melihat video itu. Malah, ramai juga yang terpegun dengan kebolehannya itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.1M views, 141.6K likes dan 5,891 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Excited pula tengok orang tulis terbalik ni, lain daripada yang lain! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: