seismik

[VIDEO] Susah Nak Tidurkan Anak, Cara Ayah Dodoi Dengan Zikir Laju-Laju Ini Curi Tumpuan

Akhirnya berjaya juga.

Cover image via @kimikemana (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Seperti umum ketahui, bayi kadangkala memang banyak ragamnya

Ada kala mereka senang saja nak ditidurkan, ada masanya mereka juga susah untuk ditidurkan. Oleh sebab itu, ibu dan ayah perlu tahu cara terbaik yang sesuai dengan bayi mereka. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang ayah menidurkan anaknya telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Zikir laju-laju untuk tidurkan anak

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang ayah sedang memangku anaknya sambil menidurkannya. 

Namun, apa yang lebih melucukan adalah apabila ayahnya itu dilihat berzikir dengan perlahan pada awalnya tetapi bayi itu masih menangis. 

Disebabkan itu, ayahnya mengambil inisiatif untuk berzikir dengan laju supaya anaknya itu lelap dengan cepat. Akhirnya, usaha ayahnya itu berjaya.

"Auto gelak, maaf ya tapi confius tidur sebab pening ke macam mana tu" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.5M tontonan, 141K tanda suka dan 6K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat dua beranak itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kesian ayah dia kena buli! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: