seismik

Tak Perasan Anak Tertinggal Di R&R, Reaksi Mak Ayah Dapat Panggilan Ini Jadi Bualan Ramai

Takkan tak check kereta dulu sebelum gerak?

Cover image via @bckupacc99 (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Untuk perjalanan yang jauh, sudah menjadi kebiasaan untuk kita berhenti di R&R untuk berehat

Kalau bukan berehat, mungkin akan membeli jajan di stesen minyak ataupun mengisi minyak kereta untuk meneruskan perjalanan. 

Namun, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang budak lelaki ditinggal mak ayahnya di R&R telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Nasib baik ada yang baik hati pinjamkan telefon untuk buat panggilan kepada mak ayah

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang individu meminjamkan telefonnya kepada budak lelaki yang sedang mencari mak ayahnya.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila budak ini tiba-tiba bertanya kepada seorang individu di situ berkenaan keberadaan kereta Waja mak ayahnya. Namun, dia baru perasan sebenarnya mak ayahnya tanpa sengaja meninggalkannya di situ.

Apabila dia membuat panggilan, mak ayahnya terkejut dan seperti sedang memarahinya kerana tidak tahu bila dia turun kereta.

"Dengar mak dia tinggi suara pun rasa nak nangis" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2.9M views, 3K retweets dan 7K likes di Twitter, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Kesian budak tu, mesti dia rasa serba salah :'(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: