[VIDEO] "Takutlah" - Gadis Prank Buat Mata Juling, Reaksi Cuak Nenek Pula Jadi Perhatian
Comel je nenek dia takut.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bagi anda yang masih mempunyai nenek dan atuk, pasti kehadiran mereka sedikit sebanyak memeriahkan lagi suasana dalam rumah
Iyalah, kita boleh lihat pelbagai telatah comel mereka yang ditunjukkan. Bukan itu saja, masakan mereka pasti menjadi pengubat rindu setelah sekian lama tidak pulang ke kampung betul tak?
Tetapi, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang gadis melakukan prank membuat matanya juling telah mengundang perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Saja prank buat mata juling nak tengok reaksi nenek
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis sedang berada di dalam rumah bersama dengan neneknya.
Dia kemudian bermain filter yang menjadikan matanya juling dan menunjuknya kepada neneknya. Situasi itu membuatkan si nenek terdiam dan merasa takut selepas melihat mata cucunya itu.
Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah si nenek siap memesan dengan berkata “Jangan tunjuk boyfriend macam tu, dia tak suka."
"Comel lah nenek, moga nenek sihat selalu" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat video tersebut. Malah, ada juga yang memuji kecomelan neneknya itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 357K views, 40.6K likes dan 313 comments di TikTok.
Berikut adalah antara komen menarik di TikTok: