seismik

[VIDEO] Teman Lelaki Acah Pandai Nak Makan Pakai Chopstick, Last-Last Kantoi Pakai Tangan

Pakai tangan je bang senang.

Cover image via @sundastruggle (Twitter)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebagai orang yang berada di negara Asia, menjamu selera menggunakan tangan adalah sudah menjadi perkara biasa

Tidak seperti di negara barat, mereka lebih gemar menggunakan peralatan makanan seperti sudu dan garfu untuk menjamu selera. Namun, itu semua terpulang kepada keselesaan individu itu sendiri.

Lain pula dengan video di Twitter ini apabila gelagat seorang pemuda mahu mencuba makan sushi menggunakan chopstick telah mencuit hati ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Curi-curi makan pakai tangan, sebab tak pandai pakai chopstick

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pemuda dari Indonesia itu sedang berada di sebuah restoran bersama dengan kekasihnya.

Mereka dilihat sedang menikmati makanan dari Jepun iaitu sushi. Seperti yang semua tahu, orang negara Jepun sangat handal menggunakan chopstick untuk makan.

Pemuda itu kemudian dilihat mencuba untuk memakannya dengan chopstick tetapi gagal mengangkatnya. Situasi itu menyebabkan dia terus mengambilnya menggunakan tangan sehingga kekasihnya perasan.

"Setidaknya dia dah cuba berusaha" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan memberikan reaksi mereka selepas melihatnya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1M views, 9,237 retweets dan 35.8K likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Apa nak malu, pakai tangan lagi senang :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: