[VIDEO] “Tiga Versi Berbeza” – Mak Cik Melatah Nak Datang Beraya Ini Undang Tawa Netizen
Suka betul ahli keluarga mak cik tu ya.
Cover image via @zblack87 (TikTok)Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Setelah dua tahun tidak dapat beraya, pasti sanak saudara tidak melepaskan peluang untuk beraya bersama pada tahun ini
Bila sudah berkumpul beramai-ramai, banyak topik yang boleh disembangkan dan banyak juga telatah mencuit hati.
Begitu juga dengan satu video yang tular di TikTok baru-baru ini memaparkan seorang mak cik diusik dengan ahli keluarganya lalu melatah telah mendapat perhatian.
Lihat video penuh itu di bawah:
Melatah sampai tiga versi buat ahli keluarga pecah tawa
Menerusi video yang dimuat naik oleh @zblack87 di TikTok, kelihatan seorang mak cik sedang berkumpul bersama ahli keluarga sempena Hari Raya.
Apa yang mencuit hati netizen adalah apabila dia tiba-tiba melatah dengan gaya seperti sedang bercakap di telefon. Bukan satu, tetapi tiga versi berbeza!
Image via @zblack87 (TikTok)
Image via @zblack87 (TikTok)
"Benda-benda macam inilah yang kita tunggu tiap kali berkumpul ramai-ramai setahun sekali" – Netizen
Ekoran tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 677.2K tontonan, 43.8K tanda suka dan 403 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gaya mak cik itu melatah.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @zblack87 (TikTok)
Image via @zblack87 (TikTok)
Image via @zblack87 (TikTok)
Image via @zblack87 (TikTok)
Image via @zblack87 (TikTok)
Image via @zblack87 (TikTok)
Image via @zblack87 (TikTok)
Image via @zblack87 (TikTok)
Image via @zblack87 (TikTok)
Image via @zblack87 (TikTok)
