seismik

Video TikTok & YouTube Kini Boleh Dimuat Naik Tanpa Memohon Lesen Daripada FINAS

TikTokers & YouTubers, jangan susah hati ok? :D

Cover image via Google

Umum sedia maklum, kini tular tentang kenyataan yang dikeluarkan pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) di mana setiap rakaman dan penggambaran perlu memohon lesen pengeluaran

Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Image via Malay Mail

Berucap di Sidang Parlimen di Dewan Rakyat pada 23 Julai lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah berkata, "Segala bentuk penggambaran memerlukan lesen FINAS, termasuklah rakaman di media sosial peribadi."

Malah, beberapa pihak turut bertanyakan adakah keperluan lesen itu turut terpakai ke atas mereka yang menggunakan platform media sosial seperti Instagram dan TikTok?

Saifuddin menjelaskan semua penggambaran tertakluk kepada undang-undang berkenaan.

Namun begitu, hari ini, Saifuddin telah menjelaskan bahawa antara perkara yang dipersetujui oleh kabinet adalah video TikTok dan YouTube kini boleh dimuat naik tanpa memohon lesen daripada FINAS

Image via Lowyat.NET

Pengguna media sosial bebas menggunakan platform yang sedia ada seperti TikTok, YouTube dan sebagainya, termasuk menghasilkan dan memuat naik video seperti biasa tanpa perlu memohon lesen atau bimbang didakwa oleh FINAS.

Kabinet juga memberi komitmen untuk mendukung kebebasan media dan hak kebebasan individu di media sosial serta akan meminda Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981

Image via Gemilang Daily

Saifuddin turut menambah bahawa pindaan itu akan mengambil kira situasi semasa. Tambahan pula, pada 20 Jun lalu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah memulakan usaha meminda akta-akta bawah pengawasan kementerian agar bersesuaian dengan situasi semasa.

“Kerajaan akan memulakan proses meminda akta-akta tersebut dalam masa terdekat,” ujarnya.

Jadi, jangan risau guys.

Korang dah boleh mula untuk berTikTok, vlogging dan sebagainya! =D

Image via Newsroom

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Pada 23 Julai, FINAS mengeluarkan kenyataan di mana rakaman TikTok dan Instagram yang dikeluarkan perlu memohon lesen pihak mereka:

Baca juga artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: