seismik

"Rakaman TikTok & Instagram Juga Perlu Mohon Lesen Daripada Finas" - Menteri Komunikasi

Semua penggambaran tertakluk kepada undang-undang berkenaan.

Cover image via Berita Harian & Google

Kita semua sedia maklum, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) merupakan sebuah agensi yang mengeluarkan lesen penerbitan dan kebenaran penggambaran

Gambar sekadar hiasan.

Image via Free Malaysia Today

Sudah menjadi tugas FINAS dalam memastikan setiap penerbitan tidak kira dalam atau luar negara, melakukan penggambaran sebagaimana termaktub akta dan mengikut peraturan.

Namun begitu, Sidang Parlimen di Dewan Rakyat hari ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah berkata, segala bentuk penggambaran memerlukan lesen FINAS, termasuklah rakaman di media sosial peribadi.

Menurut laporan, ditanya adakah keperluan lesen itu turut terpakai ke atas mereka yang menggunakan platform media sosial seperti Instagram dan TikTok. Saifuddin berkata, semua penggambaran tertakluk kepada undang-undang berkenaan.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

“Penerbit filem, wajib memohon Lesen Pengeluaran Filem serta Surat Perakuan Penggambaran (SPP) tidak kira mereka adalah agensi media arus perdana atau media personal yang menerbitkan filem di platform media sosial atau saluran tradisi.

“Kita memang galakkan semua orang kecil besar, tua muda, individu atau organisasi untuk mengeluarkan apa-apa jenis filem seperti yang saya petik tadi asalkan ikut undang-undang sedia ada,” katanya.

Sementara itu, menurut laman web FINAS untuk mendapatkan lesen bagi pembikinan filem dan penggambaran video, pemohon mesti berdaftar sebagai pemilik Syarikat Sdn Bhd serta mempunyai modal berbayar tidak kurang daripada RM50,000

Gambar sekadar hiasan.

Image via FINAS Malaysia / Facebook

Saifuddin berkata demikian ketika menjawab soalan Wong Shu Qi (PH- Kluang) yang mempersoalkan adakah lesen FINAS diperlukan untuk media sosial atau tradisional.

Lesen FINAS mencuri tumpuan susulan keputusan kerajaan untuk menyiasat sama ada Al-Jazeera mempunyai lesen untuk menghasilkan dokumentari ataupun tidak.

Ini selepas media yang berpengkalan di Qatar itu yang menerbitkan dokumentari "Locked Up in Malaysia's Lockdown" yang mendedahkan layanan kerajaan terhadap warga asing tanpa dokumen ketika Malaysia berindak membasmi wabak Covid-19 di negara ini.

Tonton video penuh soal jawab sesi Sidang Parlimen di Dewan Rakyat mengenai isu berkenaan di bawah:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: