seismik

[VIDEO] Wanita Ini Kongsi Report Card Anak Dapat Gred 'E', Rupa-Rupanya Ada Plot Twist

Oh, macam tu.

Cover image via @kakjahcomel2 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Para ibu bapa di luar sana pasti inginkan anak-anak berjaya dalam pelajaran bukan?

Iyalah, ibu bapa mana yang mahukan anak-anak mereka gagal dalam pelajaran. Hal ini kerana, dengan pelajaran yang cemerlang dapat menjamin masa depan yang cerah apabila mereka dewasa kelak.

Namun, baru-baru ini tular di laman sosial apabila seorang wanita berkongsi keputusan peperiksaan anaknya telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Terkejut tengok report card anak sebab semua keputusan dapat gred 'E'

Menerusi video yang dimuat naik oleh @kakjahchomel2, kelihatan dia menunjukkan keputusan peperiksaan anaknya. Namun, semua subjek mendapat gred E.

Pada awalnya dia terkejut melihat keputusan sebegitu. Iyalah, selalunya gred E itu bererti gagal. Rupa-rupanya, gred E bermaksud Excellent

Rata-rata warganet turut terkejut, namun sebaik sahaja melihat video penuh itu mereka memuji kepandaian anaknya. Malah, mereka juga baru tahu bahawa gred ujian tadika kini sudah berubah.

"E means Excellent. Anak-anak tadika memang result macam itu" - Warganet

Susulan tularnya video tersebut, kini video berkenaan telah mencecah sebanyak 116.9K views dan 5,878 likes di TikTok. Rata-rata warganet turut berkongsi pengalaman mereka ketika tahu tentang gred baru di tadika.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Image via googleapis.com
Image via googleapis.com
Image via googleapis.com
Image via googleapis.com
Image via googleapis.com
Image via googleapis.com
Image via googleapis.com
Image via googleapis.com
Image via googleapis.com

Kita yang tengok ni pun terkejut! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: