[VIDEO] Situasi Cemas Budak Kecil ‘Panjat’ Tepi Tingkap Ini Buat Ramai Kecut Perut

Ish bahayanya!

Enlarge text
Cover ImageCover image via @elya217 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk sentiasa peka tentang perihal anak-anak

Apa-apa sahaja perkara yang dilakukan mereka hendaklah sentiasa dipantau. Lebih-lebih lagi tentang keselamatan mereka. Hal ini kerana, pelbagai perkara buruk boleh terjadi walaupun kita terlelap seketika. 

Tular di laman sosial TikTok baru-baru ini, apabila seorang kanak-kanak perempuan bermain di tepi tingkap rumahnya membuatkan ramai netizen bimbang.

Lihat video penuh itu dibawah:

Panjat tingkap siap menyanyi lagu happy birthday

Menerusi video yang dimuat naik oleh @elya217, dia menunjukkan situasi kanak-kanak perempuan sedang memanjat tepi tingkap sambil menyanyi.

Situasi itu amat membimbangkan. Malah, mereka turut menjerit dan menyuruh kanak-kanak itu masuk ke dalam rumah.

Selang beberapa minit kemudian, ibunya keluar mengambil kanak-kanak itu jauh daripada tingkap tersebut.

"Haritu kawasan rumah saya ada budak mati sebab berdiri macam tu" – Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen meluahkan rasa bimbang melihat situasi itu. Selain itu, mereka turut menasihati ibu bapa supaya lebih berhati-hati dengan keberadaan anak-anak.

Ketika menulis artikel ini, video berkenaan telah mencecah sebanyak 337.3K views, dan 39.1K likes di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Kalau boleh elakkan letak kotak atau barang yang senang untuk dipanjat tepi tingkap ya!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!