Suami Isteri Jumpa Budak Berkeliaran 'Seorang Diri' Di Jalan Raya Buat Orang Ramai Risau
Ish, bahayanya.
Baru-baru ini, kita sering mendengar tentang kes penculikan
Bukan sahaja kes penculikan dalam golongan kanak-kanak malah kes penculikan dalam kalangan dewasa juga kerap berlaku. Perkara ini amat membimbangkan semua orang.
Kes penculikkan ini boleh berlaku dimana-mana sahaja tidak kira tempat dan waktu.
Baru-baru ini, tular sebuah video di laman sosial TikTok apabila wanita itu menunjukkan seorang kanak-kanak berkeliaran seorang diri di jalan raya telah mencetus kebimbangan orang ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Apabila ditanya, kanak-kanak itu mendiamkan diri sahaja
Menerusi video yang dimuat naik oleh @eyma_damya95, difahamkan dia secara kebetulan lalu di laluan tersebut dan melihat kanak-kanak itu berjalan seorang diri dengan berkaki ayam.
Hampir 5 minit, dia dan suaminya menunggu di luar rumah. Rupa-rupanya, rumah kanak-kanak itu berada di lorong belakang.
Wanita itu juga berkata di ruangan kapsyennya, tujuan dia memuat naik video tersebut untuk memberi peringatan kepada penjaga di luar sana supaya lebih peka tentang keberadaan anak-anak.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Bahaya lah sekarang ni. Dah lah banyak kes culik budak. Terima kasih abang dan kakak tolong hantar budak ni balik" - Netizen
Tinjauan di ruangan komen mendapati, rata-rata netizen memuji tindakan wanita dan suaminya yang prihatin terhadap kanak-kanak itu.
Ketika menulis artikel ini, video berkenaan telah mencecah sebanyak 1.9M views, 93.2K likes dan 1,003 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!