seismik

[VIDEO] Wanita Terkejut Ada Tangan Lelaki Tengah 'Merayap' Di Tempat Duduk Dalam Bas

Menakutkan!

Cover image via @sha.aaz (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Banyak sekarang kes seksual hari ini boleh dilihat berlaku dalam masyarakat kita

Hal ini sudah tentu merisaukan ramai orang. Malah, ia boleh berlaku tanpa mengira jantina dan umur seseorang.

Disebabkan itu, kita perlu lebih berhati-hati terutama sekali bila berseorangan. Takut berlaku perkara yang tidak diingini.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang wanita berkongsi situasi ketika dia sedang menaiki bas telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

@sha.aaz Peringatan untuk kaum hawa! #fyp#kasiviral bunyi asal -

Seram tengok ada tangan keluar dari tempat duduk

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita berkongsi situasi semasa dia sedang berada di dalam bas awam.

Apa yang lebih menakutkan adalah dia tiba-tiba terlihat tangan dari arah belakang cuba untuk memegangnya. Mujur saja dia sedar perkara itu dan terus mengelak.

"Lepasni orang perempuan kena hati-hati naik bas kalau naik seorang. Jangan lalai sangat! Manusia macam-macam perangai sekarang," tulisnya.

Difahamkan, wanita itu sudah memberitahu pemandu bas dan lelaki berkenaan telah diberi warning kerana bersikap sedemikian.

"Weh aku ingat seat single paling selamat apa hati-hati semua" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut mengecam dan ada juga yang berkongsi pengalaman sama.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.6M views, 74.6K likes dan 3,842 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Memang patut ambil tindakan je lelaki tu. Hati-hati semua! :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: