"Masuk Terus Bau Najis Kucing" - Tetamu Persoal Cara Tuan Rumah Urus Haiwan Peliharaan
Macam mana muka tetamu dia agaknya bila masuk.
Bagi peminat kucing, pasti ramai yang menjadikan haiwan ini sebagai haiwan peliharaan betul tak?
Ia kerana sifatnya yang jinak dan comel, jadi mudah untuk dibuat berkawan dan bermain bersama. Apatah lagi bila keseorangan, kucinglah yang menjadi peneman kita.
Namun, kebersihan juga perlulah dijaga tambahan lagi jika kita membelanya di dalam rumah. Iyalah, mungkin kita sudah biasa dengan bau mereka, tetapi tetamu yang datang ke rumah pasti akan bau lain sebaik saja mereka masuk. Jadi, tak sedaplah pemikiran orang nanti mengenai kita kan?
Tular di Facebook, apabila seorang individu berkongsi pengalamannya ketika datang ke rumah seseorang untuk majlis rumah terbuka telah mendapat perhatian ramai.
Lihat posting itu di bawah:
Tak selesa masuk rumah terus bau najis kucing
Menerusi posting tersebut, kelihatan seorang individu meluahkan pengalamannya ketika berkunjung ke sebuah rumah untuk majlis terbuka.
Dia meluahkan rasa 'kecewanya' sebaik saja tiba di rumah berkenaan. Menurutnya, dia disambut dengan bau yang kurang enak oleh kerana tuan rumah ada memelihara kucing.
Dia tidak kisah mengenai hal itu, tetapi apa yang membuatnya mempersoalkannya adalah bau hancing dan bau najis kucing yang kuat di dalam rumah.
"Masuk saja ke rumah, nauzubillah. Kuatnya bau hancing kucing. Dalam hati saya tertanya, macam mana semua ahli rumah ni boleh bernafas dengan bau hancing begini?"
"Tak segan ke dengan tetamu tetamu datang ke rumah dijamu dengan bau demikian? Bukan masalah saya? Saya duduk saja di kerusi, saya terhidu bau hancing pada kerusi," tulisnya.
"Rasa tak ada duit dan malas jangan bela, banyak kosnya" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan pandangan mereka.
Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 41 likes dan 30 comments di laman Facebook.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Facebook:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!