seismik

Viral Foto Senarai Nama Murid Bising, Netizen 'Triggered' & Teringat Memori Sekolah Rendah

"Jangan bising! Siapa buat bising aku tulis nama kat papan hitam!"

Cover image via IsmaWeb & JalalMisai_2

"Jangan bising! Siapa buat bising aku tulis nama kat papan hitam!"

Pasti semua pernah merasakan pengalaman 'diugut' sebegini lebih-lebih lagi zaman sekolah rendah.

Image via Google

Bila guru kelas perlu menghadiri meeting atau kursus, maka kuasa sepenuhnya diberikan kepada ketua kelas. Arahan guru sebelum beredar biasanya, “Jangan buat bising! Ketua kelas tulis nama siapa yang buat bising,”

Tapi biasalah, nama pun budak-budak. Bila sudah ada peluang untuk duduk berkumpul dengan kawan-kawan maka tidak sah kalau tidak gelak walau se-minimum bunyi yang kedengaran.

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via IKIM FM

Mereka yang sudah dewasa pun tidak boleh duduk diam kalau pergi kursus, apatah lagi budak-budak. Tapi nasiblah, kalau dah tercatat nama pada papan hitam atau dalam buku 555 si ketua kelas. Alamatnya terimalah seadanya hukuman yang akan diberikan oleh guru.

Baru-baru ini tular di laman sosial gambar senarai nama murid berkelakuan tidak sepatutnya ketika guru kelas tiada yang ternyata telah menarik perhatian orang ramai

Manakan tidak, gambar senarai nama yang tular di laman Twitter itu berjaya menggamit memori para netizen mengenangkan kembali kenangan ketika berada di bangku sekolah rendah.

Hasil tinjauan di laman Twitter mendapati rata-rata netizen terhibur melihat perkongsian berkenaan. Bukan itu sahaja, masing-masing turut berkongsikan pengalaman sekolah rendah mereka.

Ada yang teringat semula nama mereka ditulis, ada juga yang mengaku merupakan tukang menulis nama-nama pelajar 'bermasalah' ini. Lebih menarik, siap ada yang masih tidak berpuas hati mengapa nama mereka pernah berada dalam senarai tersebut.

Antara komen menarik daripada netizen:

Paling tidak boleh 'blah', ramai juga yang mempersoalkan mengapa nama Amin ditulis, serta bagaimana ketua kelas tahu apa yang Syukri buat di dalam tandas.

Teringat nama penulis pun pernah ada kat papan hitam sebab bising dalam kelas.

Alahai, rindunya zaman sekolah rendah!

Image via Tenor

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: