seismik

Sekolah Di Cameron Highlands Ini Buat Kiosk Tatarias Bagi Murid Tampak Lagi Kemas & Segak!

Kiosk tatarias itu menyediakan cermin, sikat rambut, bedak talkum, minyak wangi, gel rambut dan lain-lain yang boleh digunakan murid-murid di situ.

Cover image via Facebook Rosnani Ghazali

Baru-baru ini viral gambar sebuah kiosk tatarias yang disediakan beberapa orang guru di sebuah sekolah rendah di Cameron Highlands, Pahang, yang telah menarik perhatian orang ramai

Menerusi perkongsian guru besar di sekolah terbabit iaitu Rosnani Ghazali di laman Facebook TcherCollection - TC, beliau menyatakan kiosk tersebut diwujudkan bagi memastikan murid-murid yang hadir ke sekolah akan kelihatan kemas dan segak pada permulaan sesi persekolahan.

Kiosk tatarias itu menyediakan cermin, sikat rambut, bedak talkum, minyak wangi, gel rambut dan lain-lain yang boleh digunakan murid-murid di situ, baik lelaki mahupun perempuan, di mana majoritinya terdiri daripada golongan orang asli.

Tidak dapat dinafikan berpakaian dan kelihatan elok, kemas, serta bersih mampu menaikkan keyakinan murid-murid ini sekali gus memudahkan proses pembelajaran. Bukan itu sahaja, barulah 'sedap mata memandang' guru-guru ini melihat anak-anak murid mereka.

Ternyata kiosk tatarias itu bukan sahaja menarik perhatian orang luar, tapi paling penting, murid-murid di sana juga sangat gembira dengan keberadaannya. Bahkan, siap ada lagi murid perempuan yang meminta disediakan gincu di kiosk berkenaan.

Tak percaya? Lihat sahaja telatah murid-murid itu menghiaskan diri masing-masing!

Lihat lagi gambar transformasi before and after seorang murid perempuan di bawah. Comelnya!

Tambahan pula, turut disediakan tabung bagi sesiapa yang ingin menyumbang demi menambah stok barangan kegunaan di kiosk tatarias berkenaan

Hasil tinjauan di laman Facebook mendapati ramai yang memuji dan mengagumi idea guru-guru di sekolah rendah itu. Bahkan ada juga yang ingin mengikuti jejak langkah dengan menyediakan kiosk tatarias ini di sekolah masing-masing.

Antara komen menarik dari warganet yang juga terdiri daripada kalangan guru sekolah:

Comelnya melihat telatah murid-murid ini berhias diri.

Apa-apa pun, syabas buat guru-guru yang terlibat dalam pembinaan kiosk tatarias ini!

Image via imgur.com

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Sekolah ini pula bagi hadiah pada murid yang kehadirannya 100%!

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: