seismik

Video Remaja Cina Nyanyi Lagu Raya Ini Buktikan Rakyat Malaysia Masih Hidup Bersatu Padu

Video berdurasi 30 saat ini bukan hanya menceriakan anda di ambang Aidilfitri, malahan mengingatkan anda untuk kekal hidup berharmoni

Cover image via www.twitter.com

Masih lagi berbincang tentang insiden di Low Yat Plaza yang telah digembar-gemburkan sehingga menjadi isu tentang bangsa?

Tak habis-habis lagi? Sudah-sudahlah. Jom kita fokus kehadapan.

Image via Facebook Pencuri Movie

Apa kata kita hentikannya sekarang dan fokus kepada soal perpaduan, keharmonian, dan toleransi antara satu sama lain. Kita kan rakyat Malaysia yang penuh dengan budi bahasa. #KitaGeng

Juga, adakah anda lupa yang kurang dari dua hari lagi, kita akan menyambut Hari Raya? Jika anda terleka, video ini mungkin boleh membantu anda:

Jujurnya, beginilah perasaan kami (lebih kurang) selepas menonton video tersebut. Kami rasa sangat terharu dengan sikap yang ditunjukkan mereka.

Image via wordpress.com

Video ini telah mendapat beribu shares di kalangan netizen sehingga ia menjadi viral dalam sekelip mata. Ini membuktikan bahawa kita semua sayangkan Malaysia.

Video yang pertama kali dikongsikan oleh pengguna Twitter bernama Arisya di bawah akaun @sekuntum_isya ini telah dikongsi sebanyak lebih 6,000 kali.

Menurut Arisya, sebelum menyanyikan lagu raya klasik dendangan asal penyanyi lagenda Saloma ini, remaja-remaja ini terlebih dahulu menyanyikan lagu Rasa Sayang. Arisya yang sedang dalam perjalanan ke kolej tidak melepaskan peluang merakam detik-detik manis ini untuk berkongsi dengan rakan-rakannya di Twitter.

Di sebalik perkongsian ini, rupa-rupanya terdapat ramai lagi mereka yang bukan berbangsa Melayu yang suka mendengar dan mendendangkan lagu raya...




...termasuk amoi cantik ini, Elizabeth Tan.

Bersedia untuk cair!

Melting! Awek Cina Nyanyi Lagu Raya

Pandai betul buah hati abang ni nyanyi lagu raya. Dengar banyak kali pun tak rasa bosan. More: Vocket Man

Posted by Vocket Man on Monday, June 29, 2015

Jika anda rasa video ini tidak cukup kuat untuk jadi titik permulaan supaya kita kembali bersatu padu, bagaimana dengan kempen wefie #KitaGeng ini?

Image via akamaihd.net

Kempen yang dimulakan di laman Facebook oleh laman Kita Kawan Mah ini mengajak semua rakyat Malaysia untuk mengambil gambar wefie (selfie berkumpulan) dengan rakan-rakan berlainan bangsa dan meletakkan hashtag #KitaGeng pada gambar tersebut.

Kempen ini bertujuan untuk menyebarkan semangat perpaduan dan setiakawan yang telah lama kita praktiskan dalam negara kita, tanpa mengenal agama, bangsa, kaum, dan warna kulit.

Kempen ini mula mendapat sambutan hangat di kalangan netizen, dan ramai yang menghantar gambar wefie dengan rakan berlainan bangsa masing-masing. Bukankah semangat sebegini yang kita mahukan?

Raya dah nak dekat. Lupakan segala sengketa dan buka buku baru, boleh kan?

Mungkin kamu mahu baca pendapat penulis kami, Farouq Johari tentang apa yang telah terjadi di Low Yat Plaza tempoh hari:

You may be interested in: