Vivy Yusof & Suami Bakal Didakwa Esok Atas Kerugian Pelaburan Dana Berjumlah RM43.9 Juta
Perkara itu disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suami, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar dilaporkan bakal didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis ini, 5 Disember 2024
Menurut laporan Berita Harian, perkara tersebut disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
Pasangan suami isteri itu akan didakwa berhubung kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam FashionValet yang berjumlah RM43.9 juta.
Terdahulu, SPRM mengesan terdapat beberapa transaksi mencurigakan dalam siasatan berhubung kerugian pelaburan dalam syarikat e-dagang berkenaan
Difahamkan, transaksi mencurigakan itu dikesan sejak tahun 2018 hingga 2023.
Pada 28 November lalu, kertas siasatan membabitkan kerugian pelaburan itu sudah dilengkapkan oleh SPRM.
Susulan itu, kertas siasatan berkenaan sudah diserahkan kepada Bahagian Perundangan SPRM untuk kajian dan pertimbangan.
SPRM dilaporkan turut merampas kira-kira 60 kotak mengandungi pelbagai dokumen daripada FashionValet, Khazanah dan PNB bagi membantu siasatan lanjut.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!