Wakil Malaysia Menang Cabaran MasterChef US Dengan Menu ‘Roti Kanai’

Nampak sedap!

Enlarge text
Cover ImageCover image via MasterChef On FOX

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang peserta yang mewakili Malaysia di MasterChef US telah menarik perhatian rakyat Malaysia selepas memenangi satu cabaran dengan hidangan roti canai

Dalam Musim ke-16 rancangan itu, 20 peserta dibahagikan untuk mewakili empat wilayah berbeza di dunia, Eropah, Asia Pasifik, Afrika dan Amerika.

Pencipta kandungan, Jaime Tan, mula dikenali ramai apabila mewakili Malaysia sebagai sebahagian daripada Pasukan Asia Pasifik.

Walaupun dilahirkan dan dibesarkan di Queens, New York, Jaime secara terbuka menerima asal usulnya dari Malaysia sepanjang pertandingan, sering bercakap tentang bapanya yang berasal dari Malaysia.

Semasa uji bakat, dia mendapat berjaya menempatkan diri dalam pertandingan selepas menyediakan sate daging wagyu yang dihidangkan bersama kuah kacang dan nasi kelapa.

SAYS.com
Image via MasterChef On FOX

Dalam episod terbaru yang menampilkan cabaran "World Cup Cookoff", para peserta diberi masa satu jam untuk mencipta hidangan untuk dimakan sambil menonton bola sepak

Jaime memilih untuk mempamerkan citarasa Malaysia, menyediakan roti canai, kari, nasi kelapa dan salad timun jeruk beserta nanas.

Apabila ditanya tentang hidangan itu, Jaime menjelaskan bahawa dia agak mengetahuinya, dengan menyatakan bahawa roti merupakan sesuatu yang dimakannya sejak kecil.

"Ayah saya selalu membuatnya untuk saya sebelum dia pergi bekerja. Jadi, saya rasa banyak tekanan untuk menghasilkannya hari ini," katanya.

SAYS.com
Image via MasterChef On FOX

Hidangan Jaime dipilih sebagai penyertaan terbaik daripada pasukan Asia-Pasifik dan mara ke pusingan penilaian akhir di hadapan juri Gordon Ramsay, Joe Bastianich dan Tiffany Derry

Para juri dilihat amat kagum dengan keunikan hidangan berkenaan dan selepas merasainya, Ramsay memuji setiap elemen yang ada pada hidangan tersebut.

"Wah. Kari, sedap. Ia harum, ia suam, ia masam. Ia ada semua yang anda mahukan. Maksud saya, ia terasa seperti anda telah membuatnya selama enam jam yang lalu. Bagus," katanya.

"Kunci bagi saya di sini ialah nanasnya. Anda seperti mendapat sedikit pudina, dengan nanas dan kari. Dan semuanya sesuai digabungkan dengan baik. Roti yang cantik, tepat. Sangat sedap," tambah Derry.

Akhirnya, hidangan inspirasi Malaysia itu berjaya mengatasi hidangan pemenang dari Eropah, Afrika dan Amerika, memberikannya pin imuniti, serta imuniti untuk seluruh pasukannya.

SAYS.com
Image via MasterChef On FOX

Lihat klip hidangan kemenangan Jamie di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: