seismik

Wanita Buat 'Penerangan' Dakwa Kenapa Ramai Perempuan Melayu Suka Lelaki Bangladesh

Bukan semua perempuan.

Cover image via TikTok & Odisi

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jodoh, ajal dan pertemuan bukanlah kita yang menentukannya

Sudah pasti ramai yang mahu hubungan percintaan mereka itu sampai ke jinjang pelamin bukan?

Malah, ada yang tidak kisah mengenai rupa luaran seseorang itu asalkan hatinya baik, jujur dan ikhlas.

Bagi setiap wanita, mencari suami yang bertanggungjawab itu sangat penting. Bagaimanapun sebilangannya juga tidak kisah tentang latar belakang dan kewarganegaraan seseorang individu itu.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan 'penerangan' seorang wanita yang mendakwa mengapa ramai perempuan Melayu suka pada lelaki Bangladesh

Gambar sekadar hiasan.

Image via iStock

Dakwa lelaki Bangladesh lebih romantik

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita berkongsi mengapa ramai perempuan Melayu ada yang jatuh hati pada lelaki Bangladesh.

Antaranya adalah kerana mereka sangat setia, lebih romantik, cepat belajar contohnya seperti berusaha belajar bahasa Melayu.

Selain itu, dia memberitahu mereka ini sangat rajin dan tak suka pakai duit perempuan. Dalam erti kata lain, mungkin mereka ini 'bertanggungjawab' lebih daripada lelaki Melayu.

Lihat video itu di bawah:

"Memang lah setia, setia menanti IC biru. Setia ada makna" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen mengecam 'penerangan' yang diberikan oleh wanita berkenaan dan memberikan pelbagai reaksi.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 584.9K views, 9,210 likes dan 1,849 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Image via TikTok
Image via TikTok

Ramai je sebenarnya lelaki Melayu yang ada ciri-ciri macam dicakapkan tu ;)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

More stories to read: