seismik

Ibu Anak 3 Dedah Turun Berat Badan Dengan Cara Minum Air Kosong. Kulit Pun Makin Flawless!

Jom semak, berapa liter anda perlu minum sehari untuk kekal sihat, cergas, cantik dan bertenaga.

Cover image via Facebook Azlina Ina Fans

Ramai yang berkeinginan untuk kurus, namun tidak ramai yang berjaya mencapai berat badan yang diidamkan itu

Tetapi sebenarnya hanya minum air masak, air putih atau juga air kosong adalah cara paling cepat, senang dan pantas untuk kurus.

Image via Bukan Aku

Umum tahu air merupakan elemen penting untuk badan kita. Ini kerana air boleh meningkatkan rasa kenyang di samping meningkatkan kadar metabolik badan.

Selain itu, bukan sahaja kalori dalam air masak adalah kosong, malah air masak juga tiada lemak, tiada minyak, dan tiada gula. Bayangkan jika air masak mengganti air manis, kita boleh mengurangkan pengambilan kalori.

Image via Jomslitfit

Kalau kita rasa lapar tiba-tiba, cuba minum air dulu. Selalunya rasa lapar itu akan hilang. Kita sebenarnya ditipu otak, kita dahaga bukannya lapar.

Menerusi satu perkongsian daripada seorang ibu anak tiga, dia berjaya mendapatkan berat badan ideal dengan mengamalkan pengambilan air yang banyak

Meskipun posting dari pengguna Facebook, Azlina Ina ini dibuat pada tahun 2019, namun ianya telah mendapat perhatian ramai dan boleh dijadikan pedoman serta inspirasi terutamanya buat ibu-ibu yang ingin menurunkan berat badan.

Nak tahu lebih lanjut, jom baca perkongsian penuh daripadanya:

Assalamualaikum korang. Okay siapa nampak mak berbeza belanja mak satu emoji. Tag-kan kawan korang yang diet ambil ubat entah apa-apa. Buat bazir je.

Gambar diambil pada tahun 2017.

Image via Facebook Azlina Ina Fans

Mari baca sikit ilmu sebelum start diet.

Permulaan diet mak selain tinggalkan air manis, mak banyak minum air kosong. Korang kena bersahabat dengan air kosong dan tandas. Permulaan mak cuma minum 4 botol air mineral kecil itu berhenti pada pukul 9 malam.

Dan naikkan lagi ikut besar mana badan. Di komen ade rujukan kiraan dia ya. Dan selain bagus untuk penghadaman dan organ badan, air kosong sangat bagus untuk kulit. Buah dan air kosong akan menjadikan kulit bersih sebab toksin dan kotoran keluar dari air kencing. Haa gitu. Kan mudah tu takyah beli barang pelik-pelik mudahnya nak cantik air kosong itu free je pun. Boleh je minum air sejuk dari peti cuma elakkan ais batu. Mak tinggalkan air batu lama dalam 5 bulan hasilnya perut flat dan  tak buncit. Dan bagusnya perhatikan air kencing pada 3 hari pertama kuning selepas itu ia jadi jernih.

Gambar pada tahun 2019 bersama anak-anak di lokasi yang sama.

Image via Facebook Azlina Ina Fans

CARA MUDAH MINUM AIR KOSONG BOLEH BANTU ANDA KURUS BUKAN MITOS!

Berapa Liter Sehari Yang Perlu Kita Minum Air Kosong?

Melalui aktiviti harian kita mengeluarkan tenaga, membuang air kecil dan besar, bernafas, dan bergerak aktif seharian, menyebabkan air hilang dari badan, dan perlu digantikan semula agar proses tubuh dapat berjalan dengan baik.

Azlina = berat 65 kg
1 liter = 25kg

Jadi Azlina perlu minum 2.5 liter sehari sekurang-kurangnya. Bukanlah sampai paksa diri. Ini melatih kita cintakan air kosong.

Berapa berat anda?

Jom semak, berapa liter anda perlu minum sehari untuk kekal sihat, cergas cantik dan bertenaga.
(Berat badan bahagi 25kg = ?)

Saranan terbaik yang perlu diamalkan ialah minum air kosong 1-2 gelas 20 minit sebelum waktu makan, ianya bagus untuk sistem penghadaman kita, dan dalam masa yang sama membantu mengelak kita makan terlalu banyak, bila waktu makan tiba.

  1. Jadikan air kosong sebagai MINUMAN UTAMA. Air manis segelas sahaja sehari. Air karbonat, tinggalkan terus.
  2. Biasakan minum 2 gelas air kosong sebaik sahaja bangun dari tidur.
  3. Bawa botol air ke mana saja & tandakan waktu anda perlu minum.
  4. Minum menggunakan straw.
  5. Bagi yang susah minum air kosong begitu saja boleh perah kan sikit lemon atau hirisan lemon bagi kurangkan rasa loya.
Akhir kata good luck untuk semua dari mak diet viral Malaysia.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan berjaya membuat kita semua cintakan meminum air masak!

Image via Tenor

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Bagus minum air masak ini tapi jangan 'overdose' pula!

You may be interested in: