Wanita Ini Alami Pendarahan Dan Terkejut Tiba-Tiba Ada Kandungan 9 Bulan Dalam Perut
Kuasa Allah membuktikan tiada yang mustahil.
Menunggu selama 5 tahun untuk dikurniakan cahaya mata. Doa pasangan ini telah dimakbulkan oleh Allah dengan kehadiran puteri pertama mereka.
Setelah penantian yang begitu lama, ternyata pasangan ini iaitu Suzana Sulaiman, 38 tahun dan Nik Saleh, 43 tahun ini telah menutup tirai 2017 dengan berita yang sangat menggembirakan buat mereka apabila dikurniakan seorang bayi perempuan yang diberi nama Nik Alisha Solehah pada 19 Disember yang lalu.
Tanpa disedari, Suzana Sulaiman terkejut apabila disahkan mengandung 9 bulan oleh doktor.
Suzana juga dikatakan mengadu sakit perut dan berlaku pendarahan ketika ingin melahirkan puteri sulung mereka itu.
Nik Saleh bergegas ke hospital bersama isterinya untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa yang berlaku terhadap isterinya.
Ujar Nik Saleh, “Pada jam 5 pagi, Suzana mengadu sakit perut dan berlaku pendarahan sebelum saya membawanya ke Hospital Pekan, Pahang untuk membuat pemeriksaan. Saya ingatkan hanya sakit biasa sebelum saya dimaklumkan oleh doktor, Suzana sebenarnya sakit nak bersalin."
Perkara itu telah mengejutkan kedua-dua pasangan ini kerana sepanjang 9 bulan Suzana mengandung, tiada tanda-tanda besar yang berlaku terhadap Suzana. Perkara ini lebih mengelirukan apabila kitaran haid Suzana memang sudah tidak menentu sejak remaja dan badannya juga agak berisi.
Bayi sihat dan selamat dilahirkan tanpa sebarang ujian pemeriksaan yang selalunya dilakukan oleh setiap ibu mengandung untuk memastikan bayi berada dalam keadaaan yang sihat
Permata hati pasangan suami isteri ini telah dilahirkan dengan sihat tanpa melalui sebarang ujian semasa mengandung. "Kami memang tidak pernah membuat apa-apa pemeriksaan kesihatan sebelum ini dan hanya menunggu dengan sabar,"kata pasangan ini.
Tarikh 19 Disember 2017 telah menjadi tarikh yang sangat bermakna buat mereka dengan kelahiran puteri sulung yang sememangnya sudah ditunggu-tunggu sejak mendirikan perkahwinan.
Kisah unik pasangan ini telah dikongsi oleh Penolong Pegawai Perubatan Unit Kecemasan dan Trauma hospital berkenaan yang dikenali sebagai Muhammad Azrie Amirudin, 28 tahun di akaun Instagram miliknya pada 19 Disember yang lalu
Katanya, “Pada waktu itu, pesakit (Suzana) datang kerana sakit perut dan ada pendarahan pada bahagian kemaluan. Perut besar sedikit tetapi tidak nampak seperti mengandung kerana badan agak berisi.
“Apabila membuat ujian air kencing didapati dia mengandung dan kami tanya mengenai haid terakhirnya, pesakit kata dia tidak pasti kerana sejak remaja, kitaran haidnya tidak menentu."
"Kes kecemasan ini dan kemudian dirujuk kepada Pakar Ginekologi serta pesakit kemudian melahirkan anak secara normal dalam masa 10 minit saja," katanya lagi.
Setelah Suzana selesai melahirkan, kedua-dua mereka telah dipindahkan ke wad untuk pemantauan selanjutnya dan dibenarkan untuk pulang ke rumah pada 24 Disember 2017.
Sumber: Harian Metro